Saturday 2 March 2013

KEJAYAAN PASUKAN KOIR PERINGKAT NEGERI 2013

Alhamdulillah dengan Limpah dan IzinNya jua, pasukan Koir SK Datok Keramat 1 julung-julung kalinya memenangi Pertandingan Koir Lagu Wilayah Persekutuan bagi tahun 2013 yang telah berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada hari ini (2 Mac 2013).

Tahniah dan syabas kepada ahli pasukan koir dan Guru Pembimbing iaitu Encik Ahmad Zulhilmi Kamarul Bukhari atas kejayaan ini. Pasukan lain yang mendapat kedudukan kedua adalah SK Seri Bintang Selatan, Ketiga adalah SK Convent Bukit Nanas 2. 

Inilah kejayaan yang paling besar yang telah diperolehi oleh pasukan Koir daripada SK Datok Keramat setakat ini dan diharapkan pelbagai kejayaan demi kejayaan akan dapat dicapai di masa-masa akan datang InsyaAllah...

Syukur padaMu Ya Allah atas kejayaan ini...










No comments: