Thursday 13 May 2010

Karnival Inovasi Pendidikan IPG, Kampus Ilmu Khas, Cheras

Pada 11 & 12 Mei lepas salah seorang guru dari sekolah ini telah dipilih bagi mewakili sekolah bagi membuat pameran bahan inovasi iaitu Ust. Abdul Wahab. Beliau telah dijemput oleh pihak IPG Kampus Ilmu Khas bagi membuat pameran bahan inovasinya iaitu Khatboard. Ianya merupakan sejenis alat untuk memudahkan pengajaran seni khat dan boleh juga digunakan untuk mengajar subjek yang lain seperti lukisan, Kemahiran Hidup dan memaparkan buku teks di skrin LCD Projektor atau TV. Sebanyak 6 sekolah lain juga dijemput bagi menjalankan program yang sama. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan.

LENSA KARNIVAL PENDIDIKAN IPG KAMPUS ILMU KHAS, CHERAS