Wednesday 8 September 2010

SALAM AIDIL FITRI 1431 HIJRAH

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung, anak murid, guru2 dan bekas guru SKDK 1, kakitangan sekolah, ibubapa serta ahli keluarga mereka...Maaf Zahir dan Batin...Kepada murid-murid jangan asyik beraya jer...lepas raya ni ada UPSR...so beringatlah selalu...pelajaran mesti diutamakan...

Monday 9 August 2010

PHOTO KOIR MPSJ

KOIR MPSJ 2010

Pertandingan Band Idol Warisan Bangsa (Pertandingan Koir) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Selangor Darul Ehsan.9 Sekolah Terpilih Dari Seluruh Wp Kuala Lumpur Dan Selangor Darul Ehsan Telah Mengambil Bahagian. Setelah Melalui Proses Saringan,Sk Datok Keramat (1) (Kl) Telah Dipilih Sebagai Johan Manakala ...Sk Convent Bukit Nanas (1) (Kl) Naib Johan Dan Sjkc Kung Mun (Selangor) Di Tempat Ketiga. Ketiga-Tiga Buah Sekolah Tersebut Telah Memasuki Peringkat Akhir Dan Keputusan Keseluruhan Ialah Sk Convent Bukit Nanas (1) (Kl) Johan, Sk Datok Keramat (1) (Kl) Naib Johan Dan Sjkc Kung Mun (Selangor) Tempat Ketiga.




Thursday 13 May 2010

Karnival Inovasi Pendidikan IPG, Kampus Ilmu Khas, Cheras

Pada 11 & 12 Mei lepas salah seorang guru dari sekolah ini telah dipilih bagi mewakili sekolah bagi membuat pameran bahan inovasi iaitu Ust. Abdul Wahab. Beliau telah dijemput oleh pihak IPG Kampus Ilmu Khas bagi membuat pameran bahan inovasinya iaitu Khatboard. Ianya merupakan sejenis alat untuk memudahkan pengajaran seni khat dan boleh juga digunakan untuk mengajar subjek yang lain seperti lukisan, Kemahiran Hidup dan memaparkan buku teks di skrin LCD Projektor atau TV. Sebanyak 6 sekolah lain juga dijemput bagi menjalankan program yang sama. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan.

LENSA KARNIVAL PENDIDIKAN IPG KAMPUS ILMU KHAS, CHERAS

Wednesday 28 April 2010

LENSA HAC YAYASAN PENDIDIKAN TITIWANGSA

PERSEMBAHAN KOIR YAYASAN PENDIDIKAN TITIWANGSA

Pada 27 April 2010 yang lepas pasukan koir sekolah telah dijemput untuk membuat persembahan koir bersempena dengan Hari Anugerah Cemerlang anjuran Yayasan Pendidikan Titiwangsa yang telah dirasmikan oleh YB Dato' M Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Program ini telah berlansung di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa. Seramai lebih kurang 800 pelajar telah diberikan anugerah bersempena dengan majlis ini yang terdiri daripada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, UPSRA, PMR, SPM dan STPM dari seluruh kawasan Parlimen Titiwangsa. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Friday 12 March 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

Mesyurat PIBG bagi tahun 2010 akan diadakan pada ketetapan sebagaimana berikut :


Para ibubapa dikehendaki menyerahkan borang pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 21 Mac depan (Isnin). Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila ajukan kepada pihak sekolah.

Thursday 4 March 2010

Album Murid Tahun Enam 2009









Atas permintaan bekas murid Tahun 6 2009, pihak pentadbir blog meletakkan foto murid semua murid tersebut.