Tuesday 23 June 2009

PERTANDINGAN NASYID ZON KERAMAT

Penyampaian Hadiah Oleh YB Dato' Astamam Hj Abdul Aziz,
Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa




Pertandingan Nasyid Zon Keramat 2009 berlangsung di SK Danau Kota 2 pada 21 Jun lepas.
Juara oleh SK Danau Kota 2, Naib Juara SK Wangsa Jaya, Ketiga SK AU Keramat, Keempat SK Convent Bukit Nanas 2 dan Kelima SK Datok Keramat 1.
Walau tidak menjadi juara Zon Keramat seperti tahun lalu, namun pasukan nasyid sekolah tetap berazam akan menebus kekecewaan tersebut di tahun akan datang. Kepada ahli pasukan nasyid, anda lah juara sebenarnya di hati kami...
Tahniah lagi sekali kepada Cikgu Zulhilmi kerana berjaya membawa satu aura baru kepada warga SKDK 1 dalam memartabatkan irama nasyid di sekolah kita khasnya dan di Wilayah KL ini amnya. Walaupun kita sepatutnya boleh berada dikelompok yang lebih baik daripada kedudukan tersebut. Diharapkan agar pada masa hadapan pasukan nasyid sekolah akan berusaha dengan lebih gigih lagi... InsyaAllah kekalahan hari ini tidak bermakna kekalahan selamanya. Ianya adalah satu anjakan paradigma supaya kumpulan nasyid sekolah membuat yang lebih baik dan terbaik di tahun hadapan...Kepada Sifu Nasyid...jangan kecewa atas kekalahan ini...berjuang....dan terus berjuang...
SKDK 1 Bolleh...

Monday 22 June 2009

WORLD TEAM JUARA LAGI...

WORLD TEAM (Johan)

WORLD TEAM JUNIOR (Naib Johan)

Bersama Piala yang dimenangi dan guru pengiring
(Cikgu Zulhilmi, Cikgu Faizul (Sifu), Cikgu Riduan dan Ustaz Abd Wahab (Jurukamera)


Pasukan World Team sedang memperlihatkan kemahiran tinggi mereka dalam skill lompat tali berprestasi tinggi sehinggakan pasukan lain respek kat mereka...

Alhamdulillah Wasyukrillah...

Pasukan Lompat Tali senior (WORLD TEAM) SK Datok Keramat 1 telah berjaya menjadi johan Pertandingan Lompat Tali anjuran Kementerian Belia & Sukan yang dijalankan di padang sukan Universiti Malaya pada 22 Jun 2009. Pertandingan disertai oleh 11 pasukan terhebat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pertandingan peringkat kebangsaan akan dijalankan pada awal Julai depan... Tahniah sekali lagi.. Moga2 dapat juara Kebangsaan pula....InsyaAllah
SKDK 1 Boleh!!!!!!